abgbest69@yahoo.com

Tuesday, May 10, 2011

Hilang kewibawaan Pejabat Tanah Daerah sik.

Pada hari Ahad jam 10.30 pagi bersamaan 24.4.2011 saya dan bapa telah berurusan dengan Pejabat Tanah Daerah Sik.Urusanya ialah untuk menyemak status permohonan tanah Pesaka  kerana urusan permohonan telah dibuat pada 25.8.2009 tetapi  masih belum selesai dan memakan masa selama hampir dua tahun.
Dalam tempoh tersebut setiap kali bapa atau abang ataupun saya sendiri pergi ke Pejabat Tanah untuk membuat semakan permohonan  dengan membawa slip bayaran sebagai bukti urusan permohonan, kerani kaunter bahagian Pesaka hanya melihat surat tersebut dan memaklumkan " permohonan dalam proses " tanpa membuat semakan terlebih dahulu.Saya sertakan butiran bil tersebut seperti dibawah:
No Siri Resip Bil Pelbagai Bayaran E062959
No rujukan Fail   PTS(P) 36/1375(S)
Jumlah Bayaran RM 10.00
Penerima Bayaran FARAH DIANA BT SUDIN
PT.SIK/50 BAYARAN PEJABAT TANAH 20090825ADO7008
Bertarikh 25-08-2009 09:08:42 AM
Semakan kali pertama telah dibuat selepas 5 bulan dari tarikh permohonan. Menurut kerani kaunter bahagian Pesaka semasa permohonan mula-mula dibuat dahulu memberitahu, tempoh  permohonan sehingga siap diproses memakan masa sekitar 5 bulan.
Kami membuat semakan permohonan tersebut setiap sebulan sekali ataupun dua bulan sekali dan amat mengharapkan permonan cepat selesai.Tetapi amat mendukacitakan apabila jawapan yang di beri oleh petugas kaunter bahagian Pesaka adalah sama iaitu  " permohonan dalam proses" dan meminta pihak kami bersabar setiap kali semakan dibuat.
Pada 24.4.2011 kami sekali lagi membuat semakan dan alangkah terkejutnya dengan jawapan yang di beri oleh kerani kaunter bahagian Pusaka Pejabat Tanah Daerah Sik.
Menurut kerani kaunter bahagian Pesaka, No Fail tidak wujud dan permohonan tidak pernah didaftarkan.Ataupun bahasa mudahnya,tiada permohonan di buat.Kerani tersebut telah membuat rujukan dengan Pejabat Tanah di Alor Setar dan jawapanya tiada Fail permohonan disana.Saya telah mendesak berulang kali supaya dibuat semakan semula secara lebih teliti.Jawapan yang diterima tetap sama. Kerani kaunter menyalahkan kerani  terdahulu kerana tidak memproses permohonan dan perkara ini bukan salahnya.
Saya meminta untuk berjumpa dengan CC bagi mendapatkan penjelasan. Beliau juga memberi jawapan yang sama.Seterusnya saya meminta kebenaran untuk berjumpa dengan pegawai di Gred lebih tinggi untuk mendapatkan penjelasan.Malangnya semua pegawai tidak ada di pejabat dan alasanya semua pegawai menghadiri upacara di istana Sultan Kedah.
Saya ke pejabat DO berhadapan dengan Pejabat Tanah untuk mengadu masalah ini, tetapi kerani di kaunter pertanyaan berkata urusan ini perlu diselesaikan di Pejabat Tanah dan tidak perlu campurtangan DO.
Semua jawapan yang diberi menunjukan sikap tidak bertanggungjawap pihak Pejabat Tanah Daerah Sik.Bukankah sebelum ini kelulusan pembahagian,tuntutan ataupun pindahmilik tanah perlu di tandatangan di depan Pegawai DO?
Amat mendukacitakan kerana saya adalah anak watan Sik, juga seorang penjawat Awam Persekutuan dan memahami selok belok pengurusan pejabat.
Saya ingin bertanya kepada pihak berkenaan.Permohonan tersebut bukan di proses oleh seorang kerani sahaja.Ianya mesti melalui beberapa peringkat seperti semakan CC dan kelulusan pegawai.Soalanya dimanakan tanggungjawab mereka?
Ke dua, setiap resip bayaran bernombor siri dan setiap fail juga mempunyai bilangan dan nombor mengikut turutan.Tidakah pihak pengurusan sedar apabila satu transaksi tersilap dan no fail  tidak mengikut turutan atau melangkau?
Ke tiga, apabila kerani menerima sesuatu bayaran, dia mesti tahu atas urusan apa transaksi tersebut berlaku.Dan apabila habis tugas kaunter beliau akan print out semua transaksi dan jumlah kutipan pada hari tersebut .Kerani peringkat CC akan menyemak transaksi dan mengira kutipan.Tidakah CC atau pegawai menyedari kesalahan semasa memeriksa kesilapan ini?
Paling ketara ialah kelemahan mentadbir Pegawai peringkat atasan, apakah tiada pemantauan dibuat?
Saya dimaklumkan kerani yang memproses permohonan tersebut bermasalah dan telah ditukarkan ke Pejabat Tanah Daerah Baling.Sekiranya sudah tahu beliau bermasalah mengapa diletakan di kaunter barisan hadapan bagi berurusan dengan public?
Di akhir bicara tanpa sedikitpun perasaan bersalah, kerani kaunter menghulurkan borang permohonan dan  meminta supaya di buat semula permohonan baru.Tidak disangka penantian selama hampir dua tahun begini kesudahanya.
Tidakah mereka dapat menyelami perasaan kecewa pemohon diatas kejadian ini?
Pengalaman ini membuat kami hilang kepercayan terhadap pejabat berkenaan dan piagam pelanggan yang di paparkan tidak memberi sebarang makna.
Dimanakah letaknya slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" ?


Sekian.
ORANG TUA TERANIAYA.

No comments:

Post a Comment